Isnin, 10 Disember 2012

AES : KESELAMATAN RAKYAT ATAU PERUT KRONI...?


  AES ( automatic einforcement system) telah diperkenalkan oleh kerajaan  yang kononya sebagai salah satu cara untuk menggurangkan kadar kemalangan jalanraya di malaysia. Berbagai-bagai statistik dari negara lain yang menggunakanya di pamerkan sebagai salah satu cara untuk mengwajarkan penguatkuasaanya.Bagaimanapun statistik-statistik yang diambil dari negara luar itu gagal di padankan pula dengan statistik penggunaan kenderaan oleh rakyat di malaysia pula. Contohnya stastitik kemalangan di malaysia tinggi melibatkan pengguna motosikal sudah tentu disebabkan oleh penggunaan motosikal yang tinggi oleh rakyat malaysia dan ini tidak berlaku dinegara-negara lain yang menggunakan AES ini. Bagaimanapun statistik inilah yang diwar-warkan kerajaan tanpa menggambil kira perkara-perkara lain untuk dijadikan pertimbangan.

  Kesilapan terbesar AES adalah penglibatan pihak swasta dalam perlaksanaanya. Mengapa tidak JPJ sahaja uruskan sendiri?  Apabila ramai yang sudah mengetahui setiap pembayaran saman AES, terdapat 2 syarikat akan mendapat habusan besar ini, ramai yang mula kurang berpuas hati dnegan cara pelaksanaan seperti ini. Walaubagaimanapun, hasil saman AES tidak mengecewakan kedua-dua syarikat yang mengendalikan saman AES ini, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd di mana……..
AES Check Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES. Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta!
kamera AES dirosakan oleh rakyat yang marah
Di mana, berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Negara pada 03 Disember 2012 berkaitan AES bagi soalan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed.
Bilangan saman yang telah dikeluarkan sehingga 26 November 2012 adalah sebanyak 256,899 saman dan perincian kesalahan lalu lintas dan negeri adalah seperti berikut:


  • (i) kesalahan pertama – memandu melebihi had laju, saman dikeluarkan 243,545 saman;
  • (ii) kesalahan kedua – melanggar peraturan lampu isyarat 13,354 saman dengan jumlah 256,899 saman; dan
  • (iii) kesalahan mengikut negeri, iaitu:
  • (a) Perak – saman dikeluarkan 81,001 saman;
  • (b) Selangor – 142,809 saman;
  • (c) Kuala Lumpur 10,213 saman; dan
  • (d) Putrajaya – 22,876 saman.
Jumlah 256,899 saman AEs yang telah dikeluarkan setakat ini. Baru 14 lokasi beroperasi selama 2 bulan sejak 23 September 2012. Dijangka anggaran sekitar 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 mampu mereka perolehi. Ini baru di 14 lokasi. Bayangkan jika keseluruhan 1,081 lokasi beroperasi kelak?
  • Oleh itu, 1 saman RM300 : 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 dan daripada RM77,069,700.00 itu kedua-dua syarikat dijangka akan perolehi sekitar RM4,110,384.00.
AES JPJ Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES. Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta!
Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan seperti anda supaya hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika anda bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.
Jikalau ramai yang tahu hak masing-masing pasti tidak akan membayar terus saman yang diterima. Ini kerana saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.
Dan saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.
Ok contoh pertuduhan mengenai saman AES ini di mahkamah :
“Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)”
Adakah kamu mengaku bersalah?
Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima & diminta untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima & maksima RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan. Mengikut prosedur biasa Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira kesalahan pertama & lain-lain faktor seperti kewangan & tanggungan keluarga & penjimatan masa Mahkamah sebelum menetapkan hukuman. Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah RM300 seperti yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan dengan jaminan berkelakuan baik.
Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa OKS melakukan kesalahan. Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan bagi membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti gambar & lain-lain termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa perbicaraan. Jika diakhir perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah akan jatuhkan hukuman di mana hukumannya sama seperti mengaku salah. Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa gagal membuktikan kesalahan, maka Mahkamah akan melepaskan OKS.
Saman AES VS Saman POlis Baru 2 Bulan, RM77.069 Juta Nilai Terkumpul Saman AES. Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. Dijangka Dapat RM4.11 Juta!
JPJ hanya menguatkuasakan undang-undang, tetapi bukan mereka yang menentukan samada anda bersalah atau tidak. Itu adalah kerja mahkamah yang menentukannya. Ditambah pula baru-baru ini……
  • 1,400 pemandu yang menerima saman AES yang diperintahkan hadir di Mahkamah majistret Kuala Lumpur
  • Bagaimanapun, daripada bilangan itu, hanya 58 orang, yang hadir untuk kes mereka didengar mahkamah
  • Yang menariknya di sini, 14 mengaku tidak bersalah dan 44 mengaku bersalah. Dua puluh empat orang yang mengaku bersalah itu didenda RM300 manakala 20 lagi diberi amaran. Nampak di situ?
P/S : Usaha Beta tegap Sdn. Bhd. & ATES Sdn. Bhd. tidak sia-sia. Nampaknya usaha mereka mula berhasil, mereka akan terus bekerja keras untuk melipatkan jumlah perolehan melalui “bisnes saman trafik ini” pada masa akan datang bagi membolehkan mereka menampung kos pelaburan yang dilakukan mereka berjumlah RM400 juta secepat mungkin sekaligus mula menuai hasil keuntungan selepas daripada itu.

LAGI BERITA MENGENAI AES DISINI

Ahad, 4 November 2012

TUN MAHATHIR akui : 55 tahun dibawah UMNO,Melayu masih mengemis dibumi sendiri

Sebab Melayu Miskin Sila Menyokong UMNO. Jika Tidak, Orang Melayu Akan Miskin & Merempat di Tanah Air Sendiri!!
Mahathir. Satu nama yang cukup dikenali sebagai pemimpin NO. 1 yang paling lama memerintah Malaysia iaitu selama 22 tahun.
Walaupun sudah lama bersara, tetapi beliau masih lagi lantang mengeluarkan kenyataan demi kenyataan samada melalui tulisan di blognya ataupun di mana sahaja, lebih-lebih lagi Malaysia….bakal melalui pertarungan politik paling sengit dalam sejarah Malaysia tidak lama sahaja lagi……
Sebelum ini, Tun Mahathir cukup terkenal dengan kenyataan seperti :
 ”lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal
Yang mana syaitan merujuk kepada Barisan Nasional manakala Malaikat merujuk kepada Pakatan Rakyat. Katanya :
  • “malaikat” itu bukanlah golongan yang suci kerana “Kadangkala”, malaikat juga boleh buat banyak perkara salah
  • walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan
Terbaru satu lagi bentuk peringatan yang ditujukan semasa berlangsungnya Kongres Ekonomi Melayu baru ini-baru ini, di mana kali ini dikhususkan kepada orang Melayu. Katanya :
  • “Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan”
  • “Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit,”
Kalau anda semak semula kenyatan di dalam video ucapannya semasa berlangsung Kongres Kesatuan Melayu, Mahathir ada mengingatkan kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.
  • “Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita”
Dalam erti kata lain, dalam bentuk yang lebih mudah difahami, apa yang cuba disampaikan di sini bermaksud “rezeki anda, anda semua pada masa akan datang di tangan UMNO…Kalau tidak, anda akan mengemis macam pengemis di bumi sendiri”

Video Ucapan Tun Mahathir Semasa Kongres Kesatuan Melayu

 

 

Apa yang perlu kita fikirkan di sini kata-kata Tun Mahathir ini banyak percanggahannya.
  • Adakah Melayu akan kaya kerana memangkah UMNO atau Melayu UMNO sahaja yang akan kaya?
  • Jika Mahathir lebih mengkhususkan kepada bangsa Melayu, ramai lagi rakyat Kelantan yang miskin. Adakah disebabkan mereka menyokong PAS?  Oleh itu, mana-mana Melayu yang menyokong PAS akan jatuh miskin papa kedana?.
  • Ataupun menyokong dan memangkah PAS akan jatuh bankrap?
  • Siapakah sebenarnya yang akan miskin, sesetengah Melayu UMNO atau orang Melayu secara keseluruhannya jika UMNO dan juga Barisan Nasional tidak mendapat kuasa politik di Malaysia selepas ini semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak?
  • Jadi….yang mana satu?
Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Menjadi penyokong sesebuah parti tidak mencerminkan keinginan rakyat Malaysia secara menyeluruh. Ahli UMNO ada sekitar 3 juta-4 juta orang ahli. Apa jadi kepada 24 juta – 25 juta rakyat Malaysia yang lain?Adakah mereka benar-benar menyokong BN ?
Tetapi itulah konsep di Malaya ini yang selama ini selalu digunakan dalam politik negara antaranya ialah :
‘if u are not with me, you’re against me’
Bangsa Melayu sudah dilihat semacam bergantung nyawa dengan politik untuk mencari sesuap nasi dan kekayaan. Mana lagi bagus & lebih berdaya saing? Orang Melayu yang masih lagi ‘degil’ tidak mahu bergantung harap dengan hubungan & sokongan politik semata untuk berjaya atau orang Melayu yang masih lagi mengharapkan bantuan & silap mata daripada orang politik untuk berjaya?
Suka untuk kami mengimbau kembali hasil tulisan popular Pendeta Za’ba yang pernah dinukilkan sekitar pada tahun 1927 :
"Maka keadaan kehidupan anak2 Melayu sekarang……mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya. Iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri."
Berdasarkan kajian yang dilakukan dasar ekonomi yang ada dilakukan selama ini meletakkan  :
  1. 40% daripada rakyat Malaysia mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut adalah orang Melayu?
  2. 8 juta lebih Melayu masih lagi mempunyai pendapatan kurang dari RM1500. Anda anda salah seoarang daripada yang termausk dalam golongan ini?
Bukankah dasar ekonomi yang dilancarkan Datuk Najib yang disebutkan sebagai Model Ekonomi Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar ekonomi yang dicetuskan semasa di zaman Dr Mahathir?
P/S : Kami ulang sekali lagi seperti dalam laporan berita DI SINI, mana yang lebih bagus? Menjadikan “sahabat anda” seorang bilionaire di Malaysia ataupun mewujudkan lebih ramai sekitar  1,000 jutawan di Malaysia?


LAGI PAPARAN MENGENAI NASIB MELAYU DIBAWAH UMNO dibawah..........

 . UMNO cuba gadai tanah Kampung Baru pada bangsa asing
 . Tanah rezab Melayu tergadai angkara UMNO 

Sabtu, 28 Julai 2012

FAKTA SEBENAR ISU AIR SELANGOR



Krisis air Selangor 

  Krisis air selangor semakin panas dengan berikutan tindakan Jawatankuasa khas krisis air Selangor yang ditubuhkan kerajaan pusat untuk membincangkan masalah yang di mulakan oleh SYABAS bertekad untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dengan berbagai cara dan helah. Rakyat yang bijak sudah tentu akan tertanya-tanya apakah masalah sebenar yang membelengu pengurusan air di Selangor ini ?. Adakah Selangor kini menghadapi kekurangan air mentah atau air terawat ?. Persoalan ini yang harus difahami  dan di kaji secara bijak oleh rakyat selangor supaya tak mudah terperangkap dengan mainan media perdana yang jelas hanya memberi liputan sebelah pihak sahaja.

Krisis air Selangor : : Air mentah atau air terawat ?

  Pada permulaan isu ini ,pihak pembekalan air Selangor iaitu SYABAS telah mengatakan bahawa Selangor akan menghadapi masalah kekurangan air sehingga pada tahun 2014 tetapi atas sebab-seban yang tidak pasti krisis ini berlaku lebih awal iaitu ketika semakin hampir dengan PRU13.Maka atas alasan inilah SYABAS begitu komited untuk memulakan pembinaan projek  LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2( LRAL2) yang akan menelan kos perbelanjaan bernilai hampir RM 9 Billion dan akan merangkumi pakej pembinaan terowong air ke Negeri Pahang bagi membolehkan Negeri Pahang menyalurkan air mentah ke Selangor. Persoalanya ialah adakah Negeri Selangor menghadapi masalah bekalan air terawat atau air mentah?ini yang menjadi dolak-dalik SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila diajukan persoalan ini.
  Realiti fakta sebenar ialah  Selangor menghadapi masalah bekalan air bersih yang terawat. Bekalan air mentah Selangor sudah mencukupi tetapi permintaan bekalan air terawat semakin tinggi. Faktor-faktor pertambahan penduduk, perkembangan perindustrian dan lain-lain menyebabkan permintaan air bersih ini meningkat. Kapasiti loji rawatan telah mencapai tahap maksima dan mungkin akan berlaku lebihan bebanan lalu menyebabkan terputusnya bekalan air di sekitar Selangor. Ringkasnya air terawat tidak dapat memenuhi kolam tadahan dikawasan setempat. Ianya pasti menimbulkan masalah apabila waktu puncak penggunaan air. Masalah seperti tekanan rendah, tiada air dan lain-lain tidak dapat dielakkan. Jika air terawat yang menjadi masalah ,mengapa pihak SYABAS begitu beriya-iya mahukan projek LRAL2 yang sebenarnya mengutamakan pembinaan terowong air mentah dari Pahang? .Bukankah lebih baik SYABAS meminta supaya dibina loji rawatan air sahaja? ,dan kerana inilah projek LRAL2 ini ditentang kerajaan Negeri Selangor dengan fakta yang disediakan mereka.

Krisis air Selangor : Hasil kaji selidik Jawatankuasa Pemantauan
                                air Selangor.

 Pemantauan  Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS ‘beroperasi di bawah keupayaan’, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian “agar rakyat tahu kedudukan sebenar”.
Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:
  • Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter   sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
  • Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.
  • Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan.  Rizab kapasiti pengeluaran sebenar  pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.
Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.


Krisis air Selangor : Kenapa perlunya LRAL2 dan bukan MITIGASI 1 ?

  Sekali lagi kebijaksanaan kita perlu di gunakan untuk mengkaji dan menilai fakta-fakta yang diberi kedua-dua belah pihak iaitu dari pihak Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS&Kerajaan Pusat bagi mencari jawapan yang tepat mengenai apakah krisis sebenar air di Selangor ini dan cara terbaik untuk menanganinya secara bijak.
  Seperti yang telah diperjelaskan di atas,masalah sebenarnya yang melanda Selangor kini ialah kekurangan bekalan air terawat dan bukanya air mentah. Atas fakta ini mengapakah kita perlu menyokong pembinaan LRAL2 yang tujuan utamanya ialah bagi menyalurkan air mentah dari Negeri Pahang dan di rawat di Selangor yang menelan kos begitu tinggi?. Bukankah labih baik hanya dibina loji rawatan air seperti pembinaan Projek MITIGASI 1 sahaja untuk merawat air mentah yang masih banyak diselangor?. Jika persoalan sebagai persediaan menghadapi krisis air yang dijangka berlaku pada tahun 2014 mengapa tidak dicari alternatif lain penyaluran air mentah yang tidak menglibatkan kos setinggi LRAL2 ini seperti membeli air mentah dari Negeri sembilan atau Perak yang sudah tentu tidak memerlukan kos yang tinggi seperti pembinaan terowong melintasi Banjaran Titiwangsa dalam pakej pembinaan LRAL2 itu?
  Rakyat Selangor perlu tahu kos selain kos pembinaan LRAL2 yang tinggi ia juga tidak kompetitif dengan permasalahan yang sebenar berlaku di Selangor kini. Dengan kos yang hampir mencapai RM 9 billion sudah tentu beban kos pembinaan itu akan terpaksa ditanggung kembali rakyat Selangor dalam bentuk kenaikan caj bayaran penggunaan air . Ini sudah tentu tidak akan membolehkan Kerajaan PR Selangor memberi air percuma 20 meter padu lagi pada masa hadapan. Mungkin ada yang mengatakan dana tersebut disediakan kerajaan pusat ,tetapi harus diketahui kerajaan pusat juga meminjam dana dari institusi kewangan dari Jepun dan perlu dibayar semula,sudah tentu yang perlu membayar semula ialah rakyat Selangor .


Krisis air Selangor : Kesimpulanya

 Kesimpulanya keperluan yang mendesak dalam isu air Selangor ini ialah pembinaan loji rawatan air yang baru dan bukanya pembinaan Terowong air mentah dari Pahang kerana Selangor sendiri mempunyai banyak sumber air mentah. Pembinaan projek MITIGASI 1 yang sedang dilaksanakan adalah tindakan terbaik bagi mengatasi krisis ini .
  Seperti yang telah didedahkan oleh Jawatankuasa Pemantauan Air Selangor diatas ,maka bolehlah dirumuskan bahawa punca utama krisis ini ialah kerana kegagalan syarikat pembekal air Selangor SYABAS menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyaluran air terawat dilakukan secara efektif dengan melaksanakan penukaran paip-paip yang usang dan mengurangkan jumlah air yang tidak berhasil. SYABAS juga tidak harus menjadi kuda politik sesebuah pihak dengan menjadikan air sebagai senjata bagi menjatuhkan imej kerajaan negeri selangor.
  Kesimpulanya ialah Selangor menghadapi masalah kekurangan bekalan air terawat bukan air mentah. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah membina loji rawatan air sahaja yang menelan belanja tak sampai RM 500 juta bukan membina terowong penyaluran air mentah dari Negeri Pahang dalam projek LRAL2 yang menelan kos RM 9 Billion yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan dan bakal membebankan rakyat Selangor sendiri pada masa hadapan.
 

Lagi komen mengenai KRISIS AIR SELANGOR klik disini



Jumaat, 6 Julai 2012

ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan ( siri 2)

 

UMNO TIPU SULTAN- GHAZALI JAWI ENGGAN LETAK JAWATAN MB (1974-1977)


Sultan Idris Shah II
   UMNO terlupa kisah penipuan dan derhaka mereka kepada Sultan Perak selepas pilihanraya Ogos 1974.Ketika itu,Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengemukakan nama Ghazali Jawi (bapa kepada Tajol Rosli) untuk diperkenankan menjadi Menteri Besar Perak.Sultan Idris Shah II enggan memberi perkenan kerana Ghazali Jawi telah ditangkap atas tuduhan rahsuah sewaktu kali pertama menjadi Menteri Besar perak pada tahun 1960.
  Perlantikan Menteri Besar Perak tertangguh selama lebih sebulan sehingga Septembr 1974.Tun Razak melantik Ishak Tadin menjadi perunding untuk menyelesaikan krisis antara Sultan Idris Shah dengan menyatakan bahawa Tun Razak memohon Baginda Sultan melantik Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar dengan bersyarat iaitu lantikan bertempoh hanya dua tahun sahaja.Selepas tempoh itu ,Sultan boleh melantik ADUN lain sebagai MB. Akhirnya Ghazali Jawi mengankat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada 4 September 1974.

Tan Sri Ghazali Jawi
   Dua hari selepas itu,Sultan memanggil Mokhtar Petah mengadap Baginda di Istana Tambun,Ipoh. Mokhtar Petah memaklumkan kepada Sultan bahawa tiada termaktub dalam perlembagaan yang Sultan boleh melantik seorang Menteri Besar untuk tempoh dua tahun sahaja. Apabila dimaklumkan akan hal itu,Sultan amat kesal dengan perlantikan yang telah dibuat.Mokhtar memohon agar Sultan bersabar untuk mengelakkan krisis antara parti politik yang memerintah (UMNO) dengan istana. Baginda bersetuju walaupun amat terkilan kerana UMNO telah memperdaya Baginda dengan janji-janji yang tak mungkin boleh ditunaikan. Setelah berlalu tempoh dua tahun,Ghazali Jawi tidak mahu berundur dari jawatan Menteri Besar. Sultan telah membangkitkan janji Perdana Menteri (melalui Ishak Tadin) mengenai tempoh dua tahun sahaja sepatutnya Ghazali Jawi menjadi MB. Ghazali Jawi dan pemimpin-pemimpin UMNO telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata " Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak bahawa Sultan boleh melantik ahli dewan undangan negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun sahaja" .

Tajol Rosli Ghazali .Bekas MB perak dan
dan juga anak kepada TanSri Ghazali Jawi

  Pergerakan  Pemuda UMNO berkeras dengan pendirian " Sultan Perak mempunyai hak memberi perkenan melantik seseorang memegang jawatan Menteri Besar ,tetapi setelah diperkenan perlantikan itu Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan negeri untuk memecat atau memerintahkan Menteri Besar supaya meletak jawatan". " Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari menjadi Menteri Besar adalah hak seorang Presiden UMNO sahaja". Krisis antara Sultan Idris Shah dengan UMNO Perak berlarutan sehingga tahun 1977. Sepanjang tempoh itu,UMNO Perak berpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan menyokong bekas Menteri Besar Kamarudin Mat Isa manakala satu kumpulan lagi menyokong Ghazali Jawi untuk terus menduduki kerusi Menteri Besar.
  Oleh kerana tidak berbuat apa-apa untuk menyingkirkan Ghazali Jawi daripada kerusi Menteri Besar Perak,maka Sultan yang dalam keadaan kecewa telah bernazar "selagi Ghazali Jawi tidak meletak jawatan,Baginda akan terus menyimpan janggut,jambang dan misai serta tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan exco kerajaan selama dua tahun". Ghazali Jawi hanya melepaskan jawatanya pada tahun 1977 atas kehendak Perdana Menteri baru iaitu Tun Hussein Onn. Selepas itu Sultan Idris Shah melantik Dato Seri Mohamad bin Haji Wan Teh sebagai Menteri Besar yang baru.

UMNO PENDERHAKA SEBENAR - DERHAKA DATO ONN

  Melayu derhaka hanya muncul setelah lahirnya UMNO di bumi beradat ini. Dibawah pimpinan UMNO,Melayu menjadi kurang ajar dan celupar terhadap Raja sehingga Raja hilang wibawa dimata rakyat. Sejarah membuktikan UMNO berulangkali mengajar rakyat mentertawakan Raja. Namun dicelah-celah pengkhianatan itu ,UMNO licik dengan lakonanya sebagai pahlawan yang membentengi kedaulatan Raja.
Dato Onn Jaafar

  Derhaka Melayu moden abad ke 20 bermula dengan kritikan terbuka Dato Onn Jaafar terhadap Sultan Johor (Sultan Ibrahim) pada tahun 1920an. Dato Onn marah apabila Sultan melelong harta bapanya (Dato Jaafar) kerana kegagalan melunaskan hutang negeri Johor ketika memegang jawatan Menteri Besar negeri itu. Kemurkaan Sultan Ibrahim membawa kepada tindakan memecat Dato Onn daripada jawatan dan dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1927. Pada tahun yang sama ,abang Dato Onn iaitu Dato Abdullah Jaafar telah dipecat daripada jawatan Menteri Besar dan dilucutkan semua gelaran diikuti dengan hukuman buang negeri bersama Che Dara Jaafar iaitu kakak kepada Dato Onn. Derhaka itu diteruskan oleh Dato Onn dengan cara mengkritik dan menghina Sultan Johor sepanjang menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura sekitar tahun 1930an.
   Dato Onn kembali ke Johor pada tahun 1936 dan berjaya mendapat semula kedudukan dalam pentadbiran negeri Johor sehingga dilantik memangku tugas Menteri Besar pada Oktober1946. Ketika itu Dato Onn adalah Presiden Umno yang pertama.
   Pada tahun 1947, dato Onn atas kapasiti Presiden Umno telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang diisi oleh seorang Melayu bukan dari istana. Cadangan itu mengakibatkan kemurkaan sekelian Raja-Raja Melayu kerana nyata ia bermaksud meletakkan seorang Melayu bukan Raja dikedudukan lebih tinggi daripada Raja-Raja. Sekelian Raja-Raja terutamanya Sultan Badlishah (Sultan Kedah) mengisytiharkan Dato Onnsebagai penderhaka.
Hishammudin Tun Hussein ( menteri
KDN kini) ,cucu kepada Dato Onn
Jaafar

  Isu itu membawa kepada pertembungan terbuka diantara Umno yang dipimpin oleh Dato Onn dengan raja-Raja Melayu yang diketuai oleh Sultan Kedah. Kemuncak perbalahan itu ialah serangan Umno terhadap Sultan Kedah dengan cara menghina baginda semau-maunya pada tahun 1948. Akhirnya, Sultan Kedah berjaya mempengaruhi Raja-Raja Melayu supaya menolak cadangan Umno untuk mewujudkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu yang mengatasi ketinggian Raja-Raja itu.
Selepas itu, Umno meneruskan derhaka yang lebih melampau dalam perlbagai isu. Dato Onn berulangkali menuduh Raja-Raja mungkir janji dan bertindak tidak mengikut perlembagaan. Mesyuarat agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949 telah melemparkan tuduhan bahawa Raja-Raja lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan rakyat Melayu biasa. Umno juga menuduh Raja-Raja telah berkomplot dengan British untuk melemahkan Umno melalui penguatkuasaan larangan berpolitik terhadap pegawai kerajaan bangsa Melayu.
Demonstrasi anti penderhakaan
Dato Onn Jaafar
  Umno menderhaka pada tahap paling melampau apabila menuduh Sultan Kedah sebagai “kacang lupakan kulit” dan mengugut untuk menggerakkan rakyat menamatkan sistem pemerintahan beraja. Sultan Kedah kemudiannya bercadang mengharamkan Umno dinegerinya manakala Sultan Johor memaksa Dato Onn meletak jawatan Menteri besar pada 17 Jun 1949.
  Umno menderhaka kepada raja seawal umurnya masih bayi dizaman Presiden yang pertama lagi.


                    BERSAMBUNG KE SIRI 3


Sambungan..

- ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan ( SIRI 1)

Jumaat, 29 Jun 2012

ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan (siri 1)


Isu kenyataan Nizar di Twitter mengenai  WWW 1 
 
  Sekali lagi UMNO akan memainkan isu "derhaka pada raja-raja" dengan mengunakan isu WWW 1 sebagai asas untuk menjatuhkan imej DATO SERI NIZAR JAMALUDIN.Tempoh hari beberapa anggota polis dari negeri Johor telah datang ke Ipoh ,Perak untuk menemui Nizar bertujuan untuk mengambil kenyataan beliau.Selepas ini besar kemungkinan akan ada tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Nizar bagi memuaskan hati pemimpin-peminpin UMNO yang mahu Nizar dijatuhkan.

  Sebagai mukaddimah dan pengenalan mengenai serangan UMNO mengenai isu "DERHAKA" ke atas pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat terutama kepada Nizar adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit sejarah-sejarah penderhakaan terhadap Raja-Raja melayu yang terang-terang telah dilakukan oleh UMNO sebelum ini.


Selayang pandang kemelut di negeri Perak

  Istilah "SEMBAH DERHAKA" oleh DS Nizar kebawah DYMM Sultan Perak pada 5 Februari 2009 adalah " sembah sopan lagi beradab" yang termaktub sebagai halal dalam adat istiadat dan budaya Melayu turun-temurun. Sembah begitu adalah adab tentang cara berbeza pendapat dengan Raja yang memerintah. Tiada cacat dan tiada celanya.

  " SEMBAH DERHAKA" bukanya bererti " menderhaka" dalam konteks menentang dan memberontakterhadap Raja. Ia cuma kaedah berbahasa dibawah bumbung istana semasa majlis perbincangan antara rakyat dengan Raja,seperti bahasa musyawarah dalam sidang mengadap di Balai Rong Seri istana Raja zaman berzaman.


   Pertembungan antar rakyat dengan istana di negeri Perak yang berlaku pada tahun 2009 adalah angkara UMNO ,lantaran hajat politik yang songsang dan tidak beretika.Demi hajat itu,UMNO tergamak berdiri di belakang Raja dan menolak baginda ke hadapan agar berkelahi dengan rakyat jelata.Setelahmemangsakan Raja untuk hajat politikyang menafikan mandat rakyat ,UMNO terus merosakkan imej istana di mata hati rakyat jelata melalui provokasi media cetak dan elektronik yang mereka kuasai.Tari UMNO memang berseni dan licik.Mereka berlagak mempertahankan Raja,mereka mencerca sang penderhaka .Kononya yang malang itu Raja dan yang celaka itu rakyat yang penderhaka.

Permintaan rakyat Perak pada Sultan

  Sebenarnya pertembungan itu ciptaan UMNO.Rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat diransang supaya mengherdik istana .Apabila Raja terguris murka,UMNO melompat menjadi juara sembah taat dan setia  yang penuh kepura-puraan,Saat itu segala hajat UMNO pasti akan diperkenan oleh baginda tanpa berfikir panjang.Inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara Divide and Rule.


Parameswara Sultan pertama Melaka



Sejarah ikatan taat setia rakyat dan Raja Melayu

  Catatan sejarah Bukit Seguntang menceritakan taat setia orang Melayu pada Raja bermula dengan " WADAT" antara Raja bernama Sang Sapurba yang bergelar Sri Tri Buana dengan rakyat yang diwalkili oleh Demang Lebar Daun.

Pendekar Melayu yang taat pada Raja
Sri Tri Buana diminta oleh Demang Lebar Daun agar menerima anak cucunya sebagai rakyat yang tidak dizalimi.Andai rakyat melakukan kesalahan,hukumlah mereka dengan adil dan saksama apatah lagi jika melanggar hukum syarak,maka keadilan syarak itulah yang utama. Sri Tri Buana kabulkan permintaan itu dengan syarat sekelian rakyat jelata jangan menderhaka kepada semua Raja dan keturunanya.
Kata Demang Lebar Daun " baiklah Tuanku,tetapi jika anak buah Tuanku yang dahulu mengubahnya ,maka anak cucu patik pun akan mengubahnya ia". Demikian " WADAT" antara kedua-duanya iaitu antara Raja dan Rakyat. Maka titah Sri Tri Buana " baiklah,kabullah hamba akan "wadat" itu.
Sempadan hak dan tanggungjawab antara Raja dan rakyat dalam kisah itu diakhiri dengan akuan" jikalau wadat ini dilanggari,dibalikkan ALLAH bumbung rumahnya kebawah,kakinya keatas" dengan maksud nescaya jadilah negeri itu porak peranda.

Ahli UMNO Terengganu menghina Sultan

  Menurut sejarah Melayu,antara keturunan Sri Tri Buana ialah Sultan Melaka dan keturunanya termasuk Sultan Perak dan Kesultanan Johor abad ke 16. Kesultanan Perak pada hari ini adalah keturunan Sultan Muzaffar Shah ,anaknda Sultan Melaka Sultan Mahmud Shah.Kesultanan Johor juga adalah keturunan Sultan Mahmud Shah namun telah berakhir pada tahun 1699 dengan peristiwa " mangkat dijulang" yang meshyur itu.
  Kesultanan Terengganu juga mempunyai hubungan dengan Melaka melalui jurai keturunan Bendahara. Pada awal abad ke 20 ,Sultan Zainal Abidin III bersama para ulama telah mengubah undang-undang tubuh negeri Terengganu yang dinamakan "Itqanul Muluk bi Taqdisis Suluk" yang menetapkan Sultan tidak boleh menyerahkan negeri itu kepada kuasa asingsebagai salah satu syarat untuk mendapatkan ketaatan rakyat. Jika dilanggar,maka tiadalah wajib lagi rakyat untuk menyembah taat setia kepada Raja. Selepas Raja menerima penasihat British pada tahun 1919,rakyat bangkit menentang melalui pemberontakan besar antara tahun 1924 hingga tahun 1928.              
                                                                                                                                                                          
Raja-Raja Melayu

  Sejarah bangsa Melayu dihiasi dengan adat istiadat dan budaya taat setia rakyat kepada Raja.Pantang bangsa Melayu menderhakai Raja. Sedikit cebisan  kisah-kisah kebangkitan rakyat menyanggah istana hanyalah dikala keadilan Raja benar-benar gersang sehingga rakyat terlalu derita. Selain itu ,kisah istana dan rakyat jelata indah belaka dengan junjung kasih taat setia selama-lamanya. Bagaimanapun ia tertakluk selagi mana istana menjungjung tinggi kedaulatan agama ISLAM yang sinonim dengan bangsa Melayu.

                                                                 BERSAMBUNG KE SIRI 2.........................................


Sambungan...

- ISU DERHAKA : Fakta dan sejarah penderhakaan ( SIRI 2) 

Rabu, 13 Jun 2012

HAK BUMIPUTRA : UMNO diugut PPP ?

Usul seperti ini bagi kami tidak mengejutkan, ini kerana sekitar tahun 1980an, parti MCA dalam AGM mereka pernah membuat usul mengatakan orang Melayu pun pendatang seperti mereka juga. Kali ini PPP mahu membawa usul supaya setiap warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan taraf bumiputera tanpa mengira bangsa. 

Bumiputera di Malaysia : PPP Cadang Bumiputera Untuk Semua Kaum

Konvensyen Parti Komponen BARISAN NASIONAL Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan petang semalam meluluskan usul agar warganegara Malaysia yang lahir selepas merdeka diberikan taraf bumiputera tanpa mengira bangsa. Perwakilan dari cawangan Bukit Petaling, Kamaraj Marappan mencadangkan usul itu dan dipersetujui tanpa sebarang bantahan oleh perwakilan-perwakilan konvensyen.
“Saya cadangkan agar Datuk Seri Najib Razak menimbang usul ini dengan baik dan memberi perhatian agar semua rakyat berbilang kaum dilayan dengan adil dan saksama selaras dengan gagasan 1Malaysia. ”Dasar kerajaan adalah untuk melindungi hak rakyat dan saya percaya dasar ini boleh diubah untuk alaf ini dan untuk menentukan masa hadapan kita,” kata Kamaraj.
Menurutnya lagi, cadangan itu digagaskan agar tiada lagi pihak memanipulasi isu bumiputera dan bukan bumiputera untuk kepentingan mereka.
“Kita tidak harus memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasi isu-isu seperti ini dan terus menjuarai rakyat bukan bumiputera,” katanya.
Sewaktu ditemui Malaysiakini, Kamaraj mengakui usul yang digagaskan agak sensitif. Namun, beliau bersetuju bahawa ia digagaskan untuk membuka ruang perbincangan baru dalam arena politik Malaysia. Buat masa ini, status ‘bumiputera’ merujuk kepada warganegara berketurunan Melayu, orang Asal, serta pribumi Sabah dan Sarawak. Bumiputera mempunyai beberapa keistimewaan antaranya berhubung tanah rizab dan kuota universiti.
Bumiputera di Malaysia Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!!Bagi kami pemberian status bumiputera boleh diberikan, boleh tetapi hendaklah bersyarat. Contohnya boleh berbahasa kebangsaan dengan baik. Duduk di negara ini sudah berpuluh tahun, tetapi masih lagi tak fasih lagi berhasa Malaysia?  dan tidak lupa juga sekolah vernakular dihapuskan sama sekali dan tidak lupa juga kedudukan agama Islam dan institusi beraja haruslah dihormati oleh semua rakyat di Malaysia tanpa konpromi. Semua rakyat Malaysia wajib bersekolah di sekolah kebangsaan di mana semua kaum belajar “di bawah satu bumbung”.  Macam mana nak jadi bumiputera jikalau bahasa kebangsaan sendiri pun tidak mampu bertutur dan memahaminya dengan baik? Tapi nak tuntut macam-macam?
Itu sebablah perlunya ada pemimpin yang ada pendirian dan berani membuat keputusan. Jangan di depan cakap lain, tetapi belakang cakap lain. Sekolah wawasan yang mempunyai garapan dan halatuju yang cantik “hilang ditelan bumi”
Kenapa kami berani katakan begitu? Jikalau disemak semula realiti yang berlaku sekarang ini satu demi satu hak bumiputera dibuang dan sekarang ini hanya tinggal sekelumit kecil sahaja. Contohnya?
  1. Kuota IPTA – telah dihapuskan
  2. Biasiswa IPTA – telah dihapuskan
  3. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) – telah dihapuskan
  4. Projek-projek kerajaan – Kalangan bumiputera sekarang ini hanya mengambil komisen sahaja tetapi 90% dapat kepada Cina
  5. Tanah rizab Melayu yang ditinggalkan oleh penjajah British hanya tinggal sekangkang kera sahaja. Daripada 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, hanya 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hampir 44% daripada jumlah asal iaitu bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun. Data terkini?
  6. Kuota rumah untuk bumiputra – banyak tak terjual akhirnya berlakunya pertukaran status kepada bukan bumiputra
  7. Pemilikan AP – bakal dihapuskan pada tahun 2015. Sekarang ini hanya tinggal hapus 2015. Yg tinggal skrg hanya AP yang agak terhad.
  8. Proton – yang menjadi sanjungan dan kebanggaan kerajaan, orang Melayu dan rakyat Malaysia selama ini sebagai kereta Nasional sudah pun berjaya “ditelan” oleh DRB Hicom
  9. GLC-GLC lain – kerajaan dalam process melupsukan pegangan. Sesiapa boleh beli selepas ini
  10. Ada lagi nak tambah senaraiannya?
Kami sebenarnya daripada dahulu cukup tidak bersetuju dengan wujudnya sekolah vernakular.  Jikalau masih wujud lagi sekolah seperti ini, jangan kita sebut usaha ke arah mewujudkan perpaduan.
Jikalau disingkap perpaduan antara kaum di Malaysia tahun sekitar tahun 1940, 1950 dan juga 1960 an, kekuatan antara kaum boleh dikatakan agak kuat ketika itu. Ibarat seperti saudara-mara walaupun mereka terdiri daripada kalangan yang berbangsa Cina, Melayu dan India. Acap kali juga kita selalu mendengar cerita bagaimana harmoninya, meriahnya hubungan antara kaum zaman zaman atuk nenek kita dulu.
  • Melayu, Cina, India, Singh, semua boleh duduk semeja, bergelak ketawa, bertepuk tampar
  • Bukan maknanya zaman sekarang tiada lagi pemandangan sebegitu, cuma amat, amat jarang kelihatan. Banyak terjadi sekarang ni ‘ race segregation’ . Dalam restoren mamak umpamanya, memang ada cina, India, Melayu…multiracial. Tetapi natijahnya, Melayu duduk dengan Melayu, Cina duduk dengan Cina. India pun mcam itu juga.
Ramai orang-orang tua Cina dahulu yang mahir membaca Jawi contohnya. Mereka boleh hidup dalam rumpun erti kata sebenar. Tetapi lewat 70an, kami boleh katakan di sini menjadi titik tolak pengasingan kamum menjadi-jadi sehinggalah sekarang ini.
  1. Cina kutuk Melayu
  2. Melayu kutuk Cina
  3. India kutuk Melayu
  4. Melayu kutuk India
Berbanding apa yang berlaku sekarang ini. Daripada tiada kelihatan ada berlakunya masalah perkauman, tetapi kelihatan seperti sentiasa mahu diada-adakan masalah antara kaum sekarang ini? Siapa yang menghasut mereka? Apa tujuan mereka sebenarnya?

Punca Utama Masalah Antara Kaum?

Apabila kita selidik semula punca utamanya, kita sendiri boleh nampak dengan jelas. Sememangnya Malaysia sebuah negara majmuk sepatutnya dah lama diharamkan sama sekali NGO-NGO yang mempunyai sentimen perkauman yang keterlaluan ditambah pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang sememengnya menjadi punca perpecahan kaum sejak awal minda kanak-kanak lagi. Daripada kecil lagi mereka tidak dibiasakan bergaul antara sesama-sama kaum. Apabila mereka sudah meningkat dewasa, budaya bercampur antara kaum menjadi asing bagi mereka.
  1. Apabila ditanya anak-anak muda Cina sekarang ini contohnya, mereka boleh katakan yang mereka tiada seoarang pun kawan Melayu
  2. Ini kerana sedari anak mereka kecil lagi, ibu mereka beranak di Hospital chinese meternity, sekolah tadika cina, sekolah rendah jenis kebangsaan, masuk universiti UTAR, kerja syarikat Cina…..hatta beli barangan pun di kedai kaum mereka sendiri
  3. Bila masa mereka-mereka ini ada peluang untuk bercampur dengan kaum lain di Malaysia?
  4. Apabila mereka membaca berita di media-media arus perdana terlalu banyak dan kerapkali disogokkan dengan berita yang berbaur perkauman? Ditambah pelbagai sentimen perkauman yang ditiupkan ketika ini bagi melaga-lagakan hubungan antara kaum di Malaysia ini secara halus
13 Mei 1969 Kami Juga Nak Taraf Bumiputera Tanpa Mengira Bangsa Bagi Warganegara Malaysia Lahir Selepas 1957. Ini Usul Kami!!Disinilah apa yang kami perhatikan antara punca perpecahan kaum berlaku. Seharusnya kita mengubah dan membuang jauh-jauh yang berkaitan perkauman ini agar semua bangsa Malaysia menghormati satu sama lain seperti Indonesia….Ya…benar sama sekali, Indonesia ini ada masa perlakuan sebilangan rakyat Indonesia agak “pelik” tetapi dalam hal ini kami memuji Indonesia kerana bijak menanganinya.
Kita memandang ke belakang zaman dahulu dengan meneliti semula sejarah Malaysia,  di mana Rusuhan Antara Kaum pada tahun 1969 menjadi penanda aras kalangan sesetengah pemikir dan pemerhati politik di mana berlaku jika berlaku lagi perbalahan antara kaum, maka episod 13 Mei 1969 pasti akan berlaku lagi. Selama ini kita diberitahu dan dimomokkan insiden 13 Mei 1969 adalah lebih kepada pembahagian ekonomi antara kaum di malaysia. Adakah itu antara punca utamanya? Selain daripada itu?
  1. Jikalau disemak semula laporan-laporan yang ditulis oleh diplomat-diplomat British yang berada di British High Commission di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969 Foreign & Commonwealth Office (FCO) di London, dokumen2 tersebut telah “declassified” untuk bacaan umum menyatakan ia merupakan sebahagian tindakan secara halus merupakan tindakan kalangan orang politik peringkat tertinggi ketika itu, bagi menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman
  2. Jikalau dilihat keadaan negeri-negeri di sekitar utara tanahair, adakah mereka ini tidak tergugut dan terancam dengan peningkatan ekonomi orang Cina terhadap orang Melayu ketika itu? Mengapa tragedi 13 Mei 1987 ia banyak berkisar di sebahagian kawasan di negeri-negeri tertentu sahaja termasuk di Kuala Lumpur?
Sekadar pandangan dan pemerhatian daripada kami. Sampai bila nak bagi bangsa Melayu bertongkat? Jikalau dihapuskan pun sistem Bumiputera ini, adalah bangsa Melayu akan menjadi umpama “melukut di tepi gantang” pada masa akan datang?
Itu yang menghairankan kami sebenarnya, kenapa kita mesti sentiasa merasa terancam di rumah sendiri dengan Melayu telah ada segala-galanya. Bilangan majoriti, Raja sebagai penanung, hak-hak istimewa orang Melayu, Perlembagaan, kuota-kuota….??
Jadi segala benda dan segala ketakukan, rasa terancam sehingga dikatakan orang Melayu bakal tergadai suatu hari ini. Benarkah? Atau ia hanya mainan dan psiko untuk kepentingan sendiri yang sebenarnya direka-reka dengan harapan dapat menakutkan orang Melayu dengan harapan orang melayu akan terus mencari “tempat bergantung”?

    TUNHITLER...
       
        Apa reaksi daripada pertubuhan-pertubuhan yang mengaku pembela melayu seperti PEKIDA,PERKASA dan JATI ? Sehingga hari ini kesemua pertubuhan-pertubuhan yang mengaku pendekar melayu ini membisu tanpa sebarabg reaksi...Apa dah jadi ,adakah pendekar-pendekar ini kecut perus apabila isu ini di usulkan oleh parti komponen BN? .Jika usul ini di keluarkan oleh komponen-komponen PR sudah tentu pendekar-pendekar CAP AYAM ini mengamuk di seluruh negara .Mereka jugasudah tentu akan membuat beribu-ribu laporan polis dan pastinya akan ada demonstrasi-demonstrasi yang akan disulami dengan perbuatan-perbuatan BODOH seperti yang berlaku dihadapan rumah AMBIGA tempoh hari.Turut menjadi tanda tanya ialah apa reaksi dari parti tunjang BN iaitu UMNO?. Adakah UMNO bersetuju dengan tindakan PPP ini? .Adakah juga ini tanda-tanda UMNO semakin diperlekeh dan di tekan oleh parti-parti komponen BN sendiri.......?

Khamis, 31 Mei 2012

FGVH ; Pelabur Yahudi bakal kuasai FELDA melalui proksi..?


   Sebelum ini rakyat malaysia telah didedahkan tentang rancangan kerajaan dan FELDA untuk menyenaraikan saham-saham FELDA ke pasaran bursa saham malaysia.Rancangan penyenaraian ini telah menimbulkan satu pergolakan antara kerajaan ,FELDA dan peneroka dimana sebahgian peneroka telah menolak rancangan ini kerana telah dapat menghidu sesuatu agenda yang terselindung dalam rancangan ini.Isu ini juga turut menarik perhatian rakyat malaysia dengan pelbagai persoalan di tujukan kepada kedua-dua pihak yang berkait dengan rancangan ini. Asas penentangan sabahagian peneroka ini ialah kerana kesangsian penubuhan syarikat usahasama FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING yang dimana pemegang saham syarikat ini juga datang dari pelabur luar.Dengan tertubuhnya FGVH secara halusnya tujuan dan matlamat penubuhan FELDA 30 tahun dahulu sudah tergelincir dari dasar utamanya iaitu mengujudkan dan membantu bumiputera melayu memiliki hartanah dan menaikkan ekonomi dimalaysia.
    Sebelum ini juga kita telah di kejutkan dengan berita KERAJAAN MALAYSIA TELAH MENGEKSPORT MINYAK SAWIT KE ISRAEL dimana perdagangan ini telah dilakukan secara sulit dan licik.Secara kita sedari atau tidak rancangan penyenaraian saham FELDA ini dicadangkan setelah isu minyak sawik ke ISRAEL terbongkar .Persoalan yang patut kita fikirkan ialah adakah penyenaraian ini merupakan strategi licik pelabur-pelabur ISRAEL untuk menguasai pengeluaran minyak sawit dunia melalui syarikat-syarikat proksi mereka yang berada diseluruh dunia dan dibantu pengkhianat malaysia melalui strategi halus ? . Jika kita mengkaji laporan-laporan dibawah ini maka bolehlan kita rumuskan penentangan terhadap penyenaraian ini ada asas nya..............

Persatuan peneroka yang menentang penyenaraian.


     
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakub mendakwa sebuah syarikat milik Yahudi, Bunge Limited antara yang bakal menjadi 'rakan kongsi strategik' kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menurutnya, Bunge Limited bakal memiliki saham sebesar 20 peratus di dalam syarikat tersenarai FGVHB di mana usahasama antara FGVHB dan Bunge Limited telah dimetrai pada bulan Disember 2011.

"Bunge Limted adalah syarikat milik orang Yahudi di mana matlamatnya ialah ia mahu menguasai dan memonopoli," katanya ketika berucap membentangkan kertas kerja di Konvensyen Halatuju Felda di Shah Alam Ahad lalu.

Tambahnya lagi, Bunge Limited adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia yang menjalankan perniagaan 'agrobusiness' dan makanan.

Kakitangan syarikat itu kata Rosli berjumlah 32 ribu orang di lebih dari 30 buah negara dan ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat 'food cartel' dunia.

"Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit.

"Apabila ianya kelak menjadi rakan kongsi strategik kepada FGVHB maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia," sambungnya lagi.

Di Argentina, Bunge Limited telah berjaya membolot 'tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains, malah mereka juga telah berjaya menguasai ekonomi Argentina.

"Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan generasi mereka akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan.

"Mahukah dan bersediakah peneroka Felda untuk berkongsi tanah dan kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi," soal beliau lagi..............HARAKAH DAILY
     
                                                                                              
Syarikat gergasi berasaskan perniagaan pertanian, Louis Dreyfus telah ditawarkan untuk menjadi pemegang saham utama dalam saham Felda Global Ventures Holding (FGVH). FGVH kini dalam persediaan untuk menjual saham-sahamnya dalam tawaran awam permulaan kedua terbesar tahun ini selepas Facebook, menurut tiga sumber.

Antara perancang utama FGVH

Louis Dreyfus yang berpangkalan di Perancis, adalah syarikat dagangan bijirin yang kini telah meluaskan operasi dalam minyak sawit dalam beberapa tahun lalu bagi memenuhi peningkatan permintaan dalam penggunaan komoditi itu dalam makanan dan bahan bakar. FGVH, sayap komersial Felda telah menawarkan Louis Dreyfus untuk mengambil 4.9 peratus kepentingan dalam IPO yang bakal menjana AS$3 bilion (RM9 bilion) pada Jun ini, kata sumber itu.

Nilai Saham Felda Global Ventures 2012

Berdasarkan harga RM4.65 sesaham yang diumumkan kerajaan, penguasaan 4.9 peratus oleh Louis Dreyfus membabitkan RM800 juta (AS$261.69 juta). FGVH akan mengumumkan hasil perundingan dengan Louis Dreyfus berhubung perkara itu seawal Isnin ini, kata sumber tersebut.

Perdagangan MALAYSIA -ISRAEL yang sudah sedia terjalin secara sulit

Louis Dreyfus yang dimiliki secara berasingan bersetuju untuk menjadi rakan strategik dalam penapisan dan logistik, perniagaan minyak sawit (FGVH) Pada 2009, Louis Dreyfus telah menandatangani perjanjian bersama dengan Kencana Agri, syarikat senaraian awam berpangkalan di Singapura untuk membina dan menjalankan operasi perdagangan minyak sawit di Kalimantan di Pulau Borneo.
Baru-baru ini, Louis Dreyfus telah bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk membeli konsesi ladang kelapa sawit di Indonesia. Syarikat itu juga adalah satu daripada empat syarikat perniagaan pertanian yang dominan bersama Archer Daniel, Midland Co. Bunge dan Cargill............BERITA SEMASA.

    Dengan keterangan dari kedua-dua fakta ini jelaslah apa yang di tentang oleh sebahagian peneroka mempunyai asas yang kukuh.Bagaimana pun kita masih kecewa dengan sikap sebahagian lagi peneroka dan rakyat malaysia yang kurang peka terhadap rancangan jahat ini kerana kurang mendapat maklumat yang sebenar. Peneroka-peneroka ini juga tidak mengetahui risiko mereka kehilangan tanah milik mereka sekiranya saham-saham yang diniagakan mengalami kerugian.Apa yang amat dibimbangi ialah konspilator-konspilator saham yang kebanyakanya dari orang-orang YAHUDI akan mengeksploitasi saham-saham FELDA untuk menjatuhkan hargany a bagi memudahkan pelabur-pelabur proksi mereka membeli saham-saham ini seterusnya secara tidak langsung menguasai FELDA secara sah. Sekiranya ini berlaku maka kedudukan orang MELAYU khususnya bakal terancam..............
                                                                              
                                                                                                 TUN HITLER 31/05/2012......................